Proton Berhad baru-baru ini telah melancarkan satu lagi variasi Proton Saga FL. Kali ini giliran Proton Saga FL versi 1.6 Eksekutif pula dilancarkan dengan harga atas jalan RM46,549 di Semenanjung Malaysia. kenaikan yang hanya sedikit dari versi Eksekutif 1.3 sebelumnya iaitu RM43,298 dijangka mendapat sambutan hangat dari pengguna.
Model Proton Saga 1.6 Executive ini didatangkan hanya dalam warna putih 'solid' serta dikeluarkan dengan transmisi automatik 4 kelajuan sahaja dengan meter kelajuan boleh mencecah sehingga 240km/j.
Keistimewaan lain yang boleh dilihat pada model ini adalah rim aloi yang baru serta pelekat baru serba menarik yang terdapat pada setiap bahagian sisi kereta tersebut. Selain itu, panel kemasan bewarna krom pada tempat penghawa dingin, penel tengah, panel pintu dari dalam dan bahagian stereng pasti menambah keunggulan serta keanggunan model ini.
Dari segi keselamatan pula, Saga FL 1.6 Eksekutif dilengkapkan dengan dua beg-udara bagi pemandu dan tempat duduk hadapan.
Untuk pertanyaan lanjut serta tempahan, hubungi jfarouk di 016-9060660 atau 019-2603900.
No comments:
New comments are not allowed.