Selepas kejayaan Proton melancarkan model terbaru Inspira 1.8 dan Inspira 2.0 pada pertengahan november 2010 hasil adaptasi dari model Mitsubishi Lancer. Sekali lagi Proton bakal tampil dengan wajah terbaru bagi model Saga 1.3 bagi variasi manual dan juga automatik.
Harga yang bakal ditawarkan kepada pembeli masih menjadi tanda tanya. Apakah harga yang ditawarkan bagi model ini akan meningkat dengan ketara atau sebaliknya? Tinjauan terhadap harga ke atas beberapa wakil penjual di sekitar Kuala Lumpur mendapai, mereka juga masih belum dimaklumkan harga yang bakal ditawarkan dan juga tarikh sebenar pelancarannya. Namun, mengikut sumber-sumber yang berkaitan, model ini dijangka akan dilancarkan untuk juala selewat-lewatnya sebelum akhir Disember ini.
Dari gambar-gambar yang diperolehi, ternyata beberapa perubahan dilakukan proton bagi meningkatkan penampilan serta menambah baik versi terdahulu. Perbezaan luaran yang paling ketara adalah penampilan 'grill' hadapan dan juga logo yang tampak lebih bergaya serta 'sporty' selari dengan ciri-ciri model proton yang lain seperti Persona, Exora dan juga Inspira. namun begitu, pelbagai reaksi orang ramai juga diterima setelah mereka melihat gambar-gambar ini yang mula tersebar di internet sejak beberapa minggu yang lalu. Ada yang berpendapat wajah terbaru Saga ini jauh lebih bergaya dan tidak kurang juga yang berpendapat bahawa mereka lebih berminat dengan model masa kini. Namun, apapun pendapat orang ramai, sama-sama kita nantikan penerimaan sebenar mereka terhadap model ini.
cantikkkk.........nakkkk..!!!
ReplyDelete