Wednesday, January 12, 2011

PERODUA MYVI : VERSI 1.5 TERBARU?


X-Style @ KLIMS
Desas desus mengatakan Perusahan Otomobil Kedua (PERODUA) akan mengeluarkan model pengganti bagi Myvi semakin menjadi kenyataan. Pengumunan yang dibuat oleh Perodua dan disiarkan dalam Buletin Utama baru-baru ini menguatkan lagi spekulasi yang menyatakan model terbaru itu akan dilancarkan menjelang pertengahan tahun ini. Ketika Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 (KLIMS) yang lepas juga, seperti biasa perodua juga telah mempamerkan model ini untuk tatapan umum seperti yang dilakukannya bagi model Viva pada KLIMS 2006.

Menurut beberapa sumber, Perodua kini sedang dalam proses menjalankan ujian dan beberapa gambar risikan yang diambil juga jelas menunjukkan bahawa model yang diuji adalah mirip kepada model Myvi masa kini, namun jika diamati secara lebih dekat kita akan dapat melihat perbezaannya. Model Myvi terbaru ini juga dikatakan akan mempuyai enjin berkuasa 1.5 liter. Ini pastinya akan memberikan kelebihan kepada model ini berdasarkan faktor nisbah berat dan kuasa enjinnya. Seperti biasa, kita pasti tertunggu-tunggu apakah respon rakyat Malaysia terhadap model terbaru ini..sama-sama kita nantikan..



Perodua Myvi ke 2011.01


Perodua Myvi ke ni.01
Artikel : KrazyCar
Gambar : GT.com

No comments:

Post a Comment